Saturday, 22 October 2011


BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…
Keikhlasan kamu diutamakan... 

Apabila timbul orang ketiga,
dia akan hilang akal,
 sanggup berbuat apa saja
untuk merebut kembali kekasihnya.

si dia akan sentiasa menghantar sms..
walaupun tidak dibalas..
ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata
hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu.
Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...
Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. 


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat
membebel
Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu
nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
Jika sudah sayang,
macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya.
 Begitu juga jika teman lelakimu ,
menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.


Ini bermakna dia selalu fikirkan
 mengenai hubungan kamu 
dan bagaimana untuk menyelamatkannya
dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki
yang cepat berasa sensitif dan mudah marah
sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian,
lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi.
Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan
perasaan cemburu meluap-luap,
tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi
pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu,
tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil
semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya 
melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu
 sayang.
Kalau dia merajuk hati,
sesekali cubalah untuk memujuknya.


Kamu hadapi masalah
dan orang pertama yang datang 
membantumu adalah teman lelakimu.
Tandanya, dia tidak
mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,
“you masih sayang i?”,
 jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan.

Itu tandanya ,
si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.


Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya,
ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia 
sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…
tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian,
itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.